ORANGE COLLAGEN







Orange Collagen

Orange Collagen diformulasi dari ekstrak buah Oren terpilih dan vitamin C yang bermutu tinggi. Diadun bersama Pure Marine Collagen yang berfungsi menegangkan, menggebukan kulit dan mengatasi masalah jeragat. Sementara L-Glutathione yang dihasilkan dari buah-buahan dan sayur-sayuran berupaya mencerahkan kulit. Orange Collagen Biorich merupakan rumusan lengkap untuk lelaki dan wanita.

Gabungan hebat ini membantu tubuh menjadi lebih aktif, sihat, bertenaga, lebih putih serta menawan. Kolagen secara semulajadi adalah satu komponen protein penting dalam tubuh manusia yang terdapat dalam tulang, gigi, sendi, otot dan kulit. Menurut kajian, 30% dari jumlah protein dalam keseluruhan tubuh manusia adalah terdiri daripada kolagen. Kulit manusia akan mengendur selari dengan perubahan usia. Selain itu, radikal bebas dari udara sekeliling juga menyebabkan struktur kulit rosak. Untuk melambatkan proses kedutan dan menghalang radikal bebas ini, sel-sel kulit memerlukan protein kolagen yang banyak dan berkualiti tinggi bagi menghasilkan sel-sel baru yang kuat dan sihat. 

Pure Marine Collagen



Pure Marine Collagen mengandungi kolagen yang terbaik di ambil dari komponen tubuh ikan yang terpilih dan ditangkap di laut Korea Selatan. Diproses dengan teknologi terkini tanpa menghilangkan keaslian dan kualiti protein kolagen tersebut. Pengambilan kolagen ini dapat menambah kuantiti protein kolagen semulajadi dalam tubuh manusia dan menjadi lebih aktif untuk menjadikan kulit awet muda dan tegang. L-Glutathione (di ambil dari buahan dan sayuran) ialah antioksida yang melindungi sel-sel tubuh manusia daripada kemusnahan akibat radikal bebas dan peroxides.

L-Glutathione



Antioksida dalam tubuh manusia akan berkurang akibat radikal bebas seperti pencemaran udara, alkohol, rokok dan pemakanan tidak seimbang. Antioksida tidak boleh dijana secara semulajadi dan perlu diambil dari sumber luar seperti dari makanan atau lain-lain. Delima Collagen BioAsli mengandungi L-Glutathione yang dapat membantu meningkatkan kandungan antioksida dalam tubuh manusia untuk memastikan sel-sel badan terutama di bahagian kulit menjadi lebih putih dan gebu.

Buah Oren



Buah Oren adalah buah yang memiliki warna menarik, selain daripada mempunyai rasa yang enak, ia ternyata mengandungi banyak khasiat yang baik bagi kesihatan dan pencegahan penyakit. Selain sangat kaya dengan vitamin dan mineral, ia juga mengandungi serat makanan yang sangat diperlukan oleh tubuh bagi pertumbuhan dan perkembangan tubuh badan manusia yang normal. Malah, khasiat yang terkandung di dalamnya juga membantu menurunkan risiko terkena beberapa jenis penyakit kronik seperti penyakit kardiovaskular dan kanser. Selain merupakan sumber vitamin C yang baik, buah yang mengandungi karbohidrat, postasium, folat, kalsium, thiamin, niasin, vitamin B6, fosforus, magnesium, iron, riboflavin dan asid pantotenik ini juga sangat rendah kalori. Ini bermakna, ia selamat dimakan oleh mereka yang berusaha menurunkan berat badan. 

Vitamin C yang terkandung di dalam buah oren bukan hanya bermanfaat kepada kesihatan, tetapi juga untuk kecantikan kulit. Ini kerana vitamin C dikenalpasti sebagai agen antioksida yang sangat kuat dan mampu melawan radikal bebas. Sebagai antioksidan, selain melindungi kulit dari pengaruh buruk radikal bebas, vitamin C juga memperkuatkan sel-sel kulit sehingga ia lebih cepat memperbaiki jaringan yang rosak.

Fakta Nutrisi

Saiz Hidangan / Serving Size : 30g
Hidangan Per Pek / Serving Per Package : 10


Jumlah Purata (Average Amount)Setiap Hidangan (Per Serving)Setiap 100g  (Per 100g)
Tenaga / Energy115kcal(481kJ)382kcal(1604kJ)
Karbohidrat / Carbohydrate24.4g81.5g
Lemak / Fat0.0g0.0g
Protein4.2g14.0g
Bahan - Bahan
----------------------------
Gula, Pure Marine Collagen, L-Glutathione, Ekstrak Buah Oren, Vitamin C, Aditif Makanan dan Kondisioner Makanan Yang Dibenarkan.
Berat : 30 g x 12 sachets
HARGA : RM70 , FREE DELIVERY SEMENANJUNG, TAMBAH RM5 SABAH SARAWAK

Tips Pengambilan Orange Collagen
---------------------------------------------------------------------------------------

>> Campurkan 1 sachet Orange Collagen bersama 200 ml air masak.
>> Kemudian, kacau sehingga sebati dan sedia untuk diminum.
>> Pengambilan adalah 2X sehari, pada waktu tengahari 30 minit sebelum makan tengahari, semasa perut kosong kerana memudahkan nutrisi untuk menyerap ke dalam tubuh dan waktu malam sebelum tidur.
Setelah 1-2 minggu atau sudah nampak kesan, pengambilan orange collagen boleh dikurangkan dengan 1X sehari pada waktu malam sebelum tidur.

***Selepas pengambilan Orange Collagen, jarakkan minum minuman yang mengandungi kafein dan berkarbonat dalam 2 - 3 jam.

No comments:

Post a Comment