PROFILE SYARIKAT

SEJARAH PENUBUHAN


GROUP OF COMPANIES
  • BIORICH
  • BIOASLI
  • DESAKU


BIORICH MARKETING merupakan syarikat milik penuh bumiputera yang menyediakan produk kesihatan, kecantikan, suami isteri dan makanan & minuman yang berkualiti tinggi. Syarikat ini telah diasaskan oleh Encik Ishak Bin Basiran yang mempunyai lebih 15 tahun pengalaman di dalam dunia perniagaan berasaskan sistem pemasaran secara online trading di Malaysia. 

Pengalaman selama 15 tahun berkecimpung dalam pelbagai jenis perniagaan sebelum ini, memberikan beliau satu anjakan paradigma di dalam usaha meningkatkan kualiti hidup dan mencapai kebebasan kewangan. Sepanjang bergiat aktif di dalam industri ini, beliau telah banyak mempelajari teknik, sistem dan pendekatan terbaik yang mampu menghasilkan pulangan pendapatan yang lumayan.

Setelah 15 tahun di dalam industri online trading yang telah sebati dengan jiwanya, Encik Ishak Basiran kini melangkah setapak lagi kehadapan dengan membangunkan perniagaan baru dibawah nama BIORICH MARKETING.

Idea BIORICH dicetuskan oleh mereka yang terlibat sama dalam perniagaan secara online trading. Mereka berganding bahu bersama Encik Ishak Bin Basiran untuk membangunkan sistem pemasaran yang baru selari dengan misi "kekayaan untuk semua". Hasil cetusan idea yang disumbangkan oleh mereka melalui perbincangan berterusan, mengenalpasti kelemahan yang sering terjadi, maka terhasil lah jenama BIORICH beserta slogan, "kekayaan untuk semua".

Bukan sahaja menawarkan produk berkualiti, BIORICH MARKETING turut menyediakan satu lagi platform kepada anak-anak bangsa untuk membina empayar perniagaan mereka melalui online trading.



Sesuai dengan sikap asli seorang usahawan, kejayaan tidak pernah membantutkan pengembangan perniagaan, bila mana ada peluang terhidang di depan mata. Pada tahun 2005, memulakan penyelidikan secara aktif dalam bidang perubatan herba. Terlibat dalam penghasilan MINYAK KELAPA DARA, dan beberapa produk yang berkaitan dengannya. Menggunakan MINYAK KELAPA DARA sebagai asas pembuatan produk, akhirnya lahirlah BioAsli, hasil dari gabungan pengetahuan dan kepakaran dari tenaga kerja sedia ada.

BioAsli menawarkan perniagaan yang inovatif dan kreatif iaitu perniagaan secara online di internet "Online Business", dengan keupayaan menawarkan rangkaian produk seperti produk kesihatan, kosmetik & kecantikan, suami isteri, makanan & minuman, Eload & SMS serta Blog & Kedai Online di internet. Dengan mengaplikasikan teknologi terkini, kini perniagaan BioAsli mampu menjangkau ke seluruh pelusuk dunia, serta menjanjikan habuan yang lumayan pada semua.




Memulakan perniagaan sekitar tahun 1997, dengan hanya bermodalkan sekitar RM 2,600.00, serta 6 orang pekerja. Mendapat kepercayaan syarikat gergasi antarabangsa Jepun "TAMURA ELECTRONICS (M) SDN BHD" untuk kerja pemasangan unit komponen transformer. Di bantu oleh ratusan tenaga kerja dari anak-anak desa Sabak Bernam, pernah mencapai kegemilangan dengan jumlah jualan jutaan ringgit sebulan. Dengannya berupaya memberikan peluang pekerjaan dan pendapatan kepada warga tempatan.

Pada tahun 2000, mengembangkan perniagaan dengan memasuki segmen pengeluaran makanan dan minuman, dengan jenama DESAKU. Selain mengeluarkan puluhan jenis minuman berbagai perasa, DESAKU juga membantu secara aktif memasarkan berbagai jenis makanan keluaran orang kampung, terdiri daripada makanan tradisional beserta biskut-biskut moden. Tenaga pakar DESAKU berjaya membantu dan menjalin kerjasama erat bersama pengusaha-pengusaha sehingga mereka mampu memperoleh pendapatan memberangsangkan setiap bulan.





Pengarah Urusan


PROFIL PENGARAH URUSAN



Nama: Ishak Bin Basiran
Tarikh Lahir: 20 Februari 1969
Profesion: Usahawan Sepenuh Masa
Kelulusan: Ijazah Sarjana Kepujian Kejuruteraan Jentera [B.Eng.(Hons)(Mech.Eng)]- UiTM
Perniagaan: 1) BioRich-Online Trading-2013
  2) BioAsli-Herba Online-2006  
    3) DESAKU-Jus, Kordial & Minuman-2003
Pengalaman Niaga: Kilang Elektronik-Subcon Tamura Elektronik Jepun-1997~2007
Pengalaman Kerja: Jurutera di syarikat USA, Korea & Jepun
Pendidikan
: Sekolah Kebangsaan Parit Baru, Sekolah Menengah Kebangsaan Munshi Abdullah (1982~1984), Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur (1985~1986), UTM - DKJ(1987~1990) dan UiTM.





No comments:

Post a Comment