DELIMA COLLAGEN



PRODUK TERBARU... MENCETUSKAN FENOMENA 2013



Delima Collagen diformulasi dengan ekstrak buah-buahan terbaik seperti buah delima, manggis dan air kelapa serta diadun bersama Pure Marine Collagen dan L-Glutathione (di ambil dari buahan & sayuran) untuk membantu tubuh melawan sel-sel kanser dan radikal bebas dari udara persekitaran. Gabungan hebat ini membantu tubuh menjadi lebih aktif, sihat, bertenaga, lebih putih serta menawan.




Kolagen secara semulajadi adalah satu komponen protein penting dalam tubuh manusia yang terdapat dalam tulang, gigi, sendi, otot dan kulit. Menurut kajian, 30% dari jumlah protein dalam keseluruhan tubuh manusia adalah terdiri daripada kolagen. Kulit manusia akan mengendur selari dengan perubahan usia. Selain itu, radikal bebas dari udara sekeliling juga menyebabkan struktur kulit rosak. Untuk melambatkan proses kedutan dan menghalang radikal bebas ini, sel-sel kulit memerlukan protein kolagen yang banyak dan berkualiti tinggi bagi menghasilkan sel-sel baru yang kuat dan sihat. Pure Marine Collagen mengandungi kolagen yang terbaik di ambil dari komponen tubuh ikan yang terpilih dan ditangkap di laut Korea Selatan. Diproses dengan teknologi terkini tanpa menghilangkan keaslian dan kualiti protein kolagen tersebut. Pengambilan kolagen ini dapat menambah kuantiti protein kolagen semulajadi dalam tubuh manusia dan menjadi lebih aktif untuk menjadikan kulit awet muda dan tegang.





L-Glutathione (di ambil dari buahan dan sayuran) ialah antioksida yang melindungi sel-sel tubuh manusia daripada kemusnahan akibat radikal bebas dan peroxides. Antioksida dalam tubuh manusia akan berkurang akibat radikal bebas seperti pencemaran udara, alkohol, rokok dan pemakanan tidak seimbang. Antioksida tidak boleh dijana secara semulajadi dan perlu diambil dari sumber luar seperti dari makanan atau lain-lain. Delima Collagen BioAsli mengandungi L-Glutathione yang dapat membantu meningkatkan kandungan antioksida dalam tubuh manusia untuk memastikan sel-sel badan terutama di bahagian kulit menjadi lebih putih dan gebu.





Buah Delima mengandungi 'potassium yang tinggi, selain dari mineral-mineral lain seperti fosfor, kalsium, besi dan sodium serta vitamin A, B1, B2, B3 dan C. Bertindak balas bersama sodium, 'potassium' mengatur ekuilibrium air tubuh dan menjaga degupan jantung agar tetap normal (bagi ibu dan perkembangan fetusnya). Buah ini menunjang kepekaan saraf dan otot agar berfungsi secara teratur (kajian mendapati rahim wanita lebih kuat sesuai dengan kepekaannya menunjang pergerakan bayi yang dikandung), mencegah ekzema dan mengurangi kadar gula yang beredar di dalam darah (ibu yang baru pertama kali hamil atau lebih dari 3 kali kehamilan). Delima menghilangkan rasa letih otot serta menguatkan jantung.





Buah manggis amat berkhasiat terutama di bahagian kulit dalam manggis dan biji buah manggis. Secara tradisi kulit manggis dilumat dan digunakan untuk merawat penyakit seperti Malaria, TB, penyakit kulit, cirit birit dan disentri. Di Thailand, buah manggis dijemur dan dikeringkan untuk membuat bahan kosmetik seperti syampu, sabun untuk menghaluskan kulit dan mencegah penyakit kulit.
Bahan aktif XANTHONE dalam buah manggis mempunyai khasiat yang amat menakjubkan. Terutama di bahagian dalam kulit dan biji manggis. Ramai saintis telah mengkaji khasiat buah manggis sejak tahun 1970an. Pelbagai masalah penyakit dapat diatasi dengan esktrak manggis. Khasiat XANTHONE iaitu bahan aktif dalam buah manggis dapat membantu pelbagai jenis masalah seperti alergi, resdung, lelah, pelbagai penyakit kulit seperti ekzema, gatal-gatal, psoriasis, seborrhea, jangkitan kulat, luka-luka yang biasa pada mulut, melecur, selepas pembedahan, penyakit darah tinggi, kencing manis, lebihan kolesterol, keletihan, kekurangan darah, ulser, gastrik, saluran usus yang bengkak dan pelbagai lagi masalah.


Saiz Hidangan / Serving Size : 30g
Hidangan Per Pek / Serving Per Package : 10
Jumlah Purata (Average Amount) Setiap Hidangan (Per Serving) Setiap 100g (Per 100g)
Tenaga / Energy 115kcal(481kJ) 382kcal(1604kJ)
Karbohidrat / Carbohydrate 24.4g 81.5g
Lemak / Fat 0.0g 0.0g
Protein 4.2g 14.0g

Gula, Pure Marine Collagen, L-Glutathione, Ekstrak Buah Delima, Ekstrak Buah Manggis, Ekstrak Air Kelapa dan Kondisioner Makanan Yang Dibenarkan.
Berat : 30 g x 12 sachets

1) Campurkan 1 sachet Delima Collagen bersama 200 ml air masak.
2) Kemudian, kacau sehingga sebati dan sedia untuk diminum.
3) Pengambilan adalah 2X sehari, pada waktu tengahari 30 minit sebelum makan tengahari, semasa perut kosong kerana memudahkan nutrisi untuk menyerap ke dalam tubuh dan waktu malam sebelum tidur.
*Selepas pengambilan Delima Collagen, elakkan minum minuman yang mengandungi kafein dan berkarbonat


Keberkesanan Delima Collagen
1-3 hari :> Kulit lembap, badan aktif & cergas.
1-2 minggu :> Kulit lembap serta gebu.
3-4 minggu :> Kulit lembap & gebu, jeragat & tompok hitam tampak pudar.
4-5 minggu :> Putih = Gebu = Bersih = Tegang
(Kesan-kesan ini bergantung kepada faktor fizikal seseorang)

Kongsi Pengalaman Guna Delima Collagen

Puan Habibah Ahmad

Assalamualaikum. Alhamdulillah syukur saya dapat peluang ini berkongsi ilmu pada anda sekelian tentang amalan harian saya selain menjalani ibadah yang wajib dapat laksanakan ditambah lagi amalan2 sunat yg mampu saya lakukan lebih bertenaga dengan mengambil minuman delima collagen  pada setiap hari terutamanya sebelah malam sebelum tidur. Manakala sebelah pagi saya makan cvco 4 biji + kopi nanduk.  Betul2 power!!!.  Badan terasa mantap, bersemangat, kulit sentiasa lembap, licin, halus dan gebu.  Biar terkena bahang mentari namun tak jadi masalah pada saya.  Berkat usaha & amalan harian tanpa jemu saya telah mengambil hampir 1 bulan terbukti keberkesanannya sungguh menakjubkan. Wow!! luarbiasa anda pasti ingin juga.  Silakan jangan tunggu lagi. Yang penting niat untuk kesihatan mencerminkan keimanan kita zahir & batin.Terima kasih...Ayuh!! kita mulakan dari sekarang juga...




Puan Zainun
Saya dah guna Delima Collagen Bioasli selama 2 minggu. Keputusannya memang puas hati. Tumit kaki dulu kering, tapi semenjak pengambilan delima collagen ini, tumit terasa semakin lembap dan lembut. Kulit muka pula lebih halus... garis-garis halus kat bawah mata pun semakin pudar... saya akan teruskan pengambilan delima collagen bioasli ini untuk kesan yang lebih memuaskan....


Puan Ana
Saya baru menggunakan produk Delima Collagen daripada BioAsli. Pada awalnya macam tak berapa yakin sebab masih tidak mendapatkan sebarang kesan. Setelah 3 minggu penggunaan, saya merasakan kulit semakin lembap, gebu dan lembut, saya merasakan badan sentiasa berpeluh, disebabkan  pembakaran lemak dalam badan & saya sentiasa bertenaga sepanjang hari.




Gambar 2011
Selepas 3 minggu minum Jus Delima Collagen Bioasli 2013
Puan Ita : Akauntan Bioasli
Setelah 3 minggu menggunakan produk Delima Collagen daripada BioAsli saya dapati kesan Delima collegan Bioasli ini begitu ketara dan mengembirakan hati saya. Ianya melembapkan kulit, lebih gebu , anjal dan tegang. Ianya juga mampu memudarkan jeragat hitam ke kelabu dan lama kelamaan akan hilang. Di samping itu ianya juga membuatkan saya bertenaga dan cergas ( mungkin disebabkan ekstrak jus delima).




Nama: Pn Rosida Mk (Stokis SB442)
Umur : 40an



Saya mula mengamalkan pengambilan Delima Collagen sejak produk ini dilancarkan pada April 2013.
Setelah mengamalkan 3 kotak Delima Collagen dalam tempoh 2 minggu, berikut adalah kesan-kesan yang saya rasai :
1)      Kulit terasa lebih lembap seperti memakai pelembap
2)      Kulit muka rasa lebih tegang, cerah serta berseri
3)      Badan rasa lebih ringan, bertenaga serta segar
4)      Masalah rekahan tumit kaki juga semakin pulih


Nama: Pn Rosma Idros (ahli Bioasli)
Umur : 40an


Saya telah menjalani pembedahan membuang rahim akibat cyst sejak setahun yg lepas. Semenjak itu saya mengambil ubat hormon atas nasihat doktor untuk menstabilkan hormon dalam badan. Sekiranya saya tidak mengamalkan ubat hormon tersebut, emosi saya tidak akan stabil. Saya mudah marah serta jantung akan berdegup dengan laju. Tetapi semenjak mengamalkan Delima Collagen, saya tidak lagi perlu memakan ubat hormon tersebut. Emosi saya juga lebih stabil. Dapat tidur dengan lena serta badan rasa bertenaga.
Selain itu saya juga mempunyai masalah sakit sendi kaki sejak sekian lama. Tetapi sakit itu juga semakin berkurangan serta bertambah baik.









No comments:

Post a Comment